Matrix
Apakah hubungan tubuh dengan minda kita?Bagaimana ketika kita bermimpi,minda kita seolah-olah menerawang ke mana-mana sedangkan tubuh kita terdiam kaku?Ke manakah orang-orang yang sudah mati itu pergi?Adakah apabila tubuh mereka mati,maka minda mereka turut mati?Adakah terdapat kehidupan selepas kematian?Bagaimana kehidupan selepas kematian itu terjadi?Di dunia yang bagaimana?Mengapa kita tidak dapat melihat mereka?
Di manakah diri kita atau minda kita sebelum wujud di dunia ini?Bagaimana segumpal darah dan daging di dalam kandungan ibu kita boleh berubah menjadi tubuh dan minda kita?Jika minda kita sudah ada sebelum dalam kandungan ibu lagi,di dunia yang bagaimanakah minda kita bertempat,sebelum terwujud di dunia yang kita hadapi kini?Adakah kita pernah hidup di dunia lain sebelum dunia yang kita berhidup kini?
Siapa yang memasukkan dan mengeluarkan minda kita atau lebih tepat roh;dari dunia kepada dunia yang lain dan apa tujuan dia?Mengapa dia melakukan begini dan apakah kepentingannya?
Apakah sebenarnya dunia ini?Adakah bumi dan alam semesta ini benar-benar ada?Adakah makhluk lain di planet lain atau galaksi lain yang jumlahnya tidak terhitung banyaknya?Jika tiada,mengapa alam semesta ini diciptakan?Untuk siapa alam semesta yang sebegini luas ini diciptakan?
SEbelum Adam turun ke dunia,di manakah dia tinggal?Adakah di planet lain atau di galaksi lain?Adakah Adam turun ke dunia menaiki pesawat yang teramat canggih?Atau jatuh seperti burung kepatahan sayap terus ke bumi?Adakah ‘dunia’ yang dimaksudkan itu benar-benar bumi ini atau seluruh alam semesta ini?Jika begitu di manakah Adam bertempat sebelum turun ke alam semesta ini?Adakah ada alam semesta yang lain?Adakah Adam turun ke dunia ini bersama-sama tubuh dan minda atau hanya minda sahaja kemudian mula bertubuh apabila sampai ke ‘langit dunia’??
Apakah sebenarnya kehidupan kita ini?Mengapa kita hidup?Mengapa kita diciptakan?Apa tujuan kita diciptakan?